Pages

Monday, April 26, 2010

Kucing Kesayangan..

Ini kucing yang mula-mula sekali saya dan suami pelihara.. Namanya Boboy. Saya memperolehi Boboy ni pada malam Krismas tahun 2009 daripada Pak Su saya yang menetap di Cheras. Saya dimaklumkan bahawa Boboy ni Pak Su saya ambil daripada kedai makan anaknya.


Hari pertama Boboy dibawa ke rumah saya, dia sudah mula menunjukkan kemesraannya pada saya. Masa tu, suami saya belum pun pulang daripada kerja. Saya berniat untuk membuat kejutan pada suami saya dengan merahsiakan kehadiran Boboy dalam rumahtangga kami. Sebelum suami saya pulang daripada kerja, saya cepat-cepat memandikan Boboy kerana badannya yang agak kotor disebabkan Boboy merupakan kucing liar yang datang-datang untuk mencari makan di kedai anak Pak Su saya itu. Jadi, sudah tentulah badan Boboy agak kotor dan wajahnya juga agak comot.






Setelah dimandikan, Boboy kelihatan bersih dan segar. Apa yang menariknya tentang Boboy ini, suaranya yang serak dah ala-ala macam suara penyanyi Ramli Sarip tu jer lagaknya.. Hehehe.. Dan lagi satu, ekor si Boboy agak panjang hinggakan apabila dibengkokkan ke belakang badannya, ekor dia tu hampir mencecah ke kepalanya sendiri. Si Boboy ni pun boleh tahan manjanya dan garangnya pun boleh tahan jugak pada kucing jantan lain yang tidak disukainya, memang la si Boboy ni akan cuba membelasah kucing tersebut.. Grrrrr..... Meow..!!!










Yang ini pula encik otot... Hahaha... Xde arr.. Saya dengan suami suka panggil dia ni encik otot sebab badan dia ni yang tegap dan berotot2 mcm kucing yang angkat berat. Nama dia ni Jojo. Berat dia lebih kurang 4.5kg.. Dia ni kucing jantan.. Selain wajahnya yang comel dan kiut miut tu, si Jojo ni jugak merupakan seekor kucing yang teramat-amat lah manjanya.. Paling suka bila kalau saya belai-belai wajahnya.. Dia ni punya lah manja, hinggakan kalau saya tak melayannya, dia akan panjat dengan cara berdiri tegak dan kaki depannya berpaut di dada saya minta dibelai. Kalau saya sedang baring pulak, pasti dia akan naik di atas dada saya dan duduk di atas dada saya macam lah badan dia tu ringan sangat.. Hehehe.. Sabar jelah..
Tapi dia ni agak penakut dengan orang2 yang baru dikenalinya.. Yang tak boleh tahannya tentang si Jojo ni ialah, suara dia yang sangat nyaring dan kuat.. Kalau salah dengar, bila si Jojo ni mengiau, dah ada macam bunyi budak kecik menangis kerana kena dera jer bunyinya.. Kalau melalui telefon, memang dengar macam bunyi bayi menangis jer suara si Jojo ni bila mengiau.. Meow.. Meow.. !! Dia punya jeritan, boleh buat sesiapa pun terjaga walaupun sedang tidur lena. Saya yang tengah tidur pun boleh terjaga pukul 3, 4 pagi kalau si Jojo di dah mula mengiau.. Aduhhh... Pecah kepala dibuatnya.. Si Jojo ni ada anak.. Haa... yang anak dia ni kejap lagi pulak kiter citer.. Wokeh?? Tungguuuuu... Hehehe... :)

























Satu lagi yang istimewanya tentang si Jojo ni ialah, dia suka bila setiap kali suami saya membuat rawatan "facial" pada mukanya.. Ketika rawatan "facial" tersebut dilakukan, si Jojo ni memang akan memberikan kerjasama yang sangat baik tanpa bergerak2 dan menggelupur.. Ia memudahkan rawatan "facial" yang suami saya lakukan terhadapnya.. Clever boy... :)




Monday, April 19, 2010

CINTA

Laman ini adalah memaparkan tentang pelbagai kisah cinta..

Cinta merupakan suatu yang abstrak dan tiada nilai tertentu yang dapat diukur secara tepat mengenainya.. Cinta adalah suatu yang unik kerana ia boleh hadir dalam pelbagai keadaan, kerana ia boleh datang dan pergi tanpa diduga.. Cinta tidak terbatas hanya kepada manusia sahaja, kerana boleh juga wujud cinta kepada harta benda, cinta kepada kerjaya, cinta kepada alam sekitar, cinta kepada haiwan, cinta kepada seni, cinta kepada kedamaian, cinta kepada negara, cinta kepada agama dan cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah S.W.T, tuhan maha pencipta.

Itulah keunikan cinta yang pastinya ada dalam diri setiap individu yang masih hidup di muka bumi ini.. Sama ada disedari atau tidak, cinta merupakan suatu yang sentiasa berlegar dan melingkari hidup kita semua dalam sehari-hari..

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah Achik Spin

Petikan daripada berita mengenai kemalangan yang menimpa Achik, vokalis kumpulan Spin.

18hb April 2010 ( Ahad)

Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di Seremban, kira-kira 1 petang ini.Sebelum itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban setelah selesai bedah siasat.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di Seremban kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mertua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.

Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, Siti Nordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu 'Janji Kita' terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini kira-kira jam 6.15 petang semalam.

Isteri Allahyarham, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana."Bagaimanpun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yangmenyatakan suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedihyang sungguh mengejutkan saya," katanya.

Katanya minggu lalu beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emaknya setelah seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasuk mengecatnya."Katanya ini akan memudahkan ibu mertuanya untuk 'melihat' isteri dan anaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan," katanya.

Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa Allahyarham dua minggu lalu di rumah salah seorang adiknya. "Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada sepuluh orang adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) telah meninggal dua tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa."Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada jam 5.30 petang semalam sebab keretanya jauh sedikit.....tahu-tahu jam 6 petang dia sudah meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana lihat anaknya panggil ayah," katanya.

Hattan berkata ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi dan aktif."Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini," katanya.

Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik."Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun," katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.

Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham."Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana melalui khidmat pesanan ringkas," katanya.-

Bernama